Tag Archives: Kanser usus

Image

Hendak kurus jagalah usus…

image

Perut buncit?… Try yang ini.. Berkesan InShaaAllah.

Posted by CDM Kamaliah 0195591424

Image

LACTO-LITE: Kesihatan usus pengaruhi ketahanan badan

LACTO-LITE: Kesihatan usus pengaruhi ketahanan badan

myMetro: KESIHATAN USUS PENGARUHI KETAHANAN BADAN

USUS bukan sekadar tempat yang menjadi salur laluan makanan sebelum dikumuhkan kerana ia turut berperanan sebagai barisan pertahanan penting tubuh terhadap bakteria berbahaya.

Disebabkan itu, kesihatan usus akan mempengaruhi penyerapan zat daripada makanan dan ini memberi kesan kepada kesihatan tubuh yang turut mempengaruhi kekuatan sistem ketahanan badan.
Kehadiran bakteria probiotik dan prebiotik amat penting dalam membantu mengekal­kan keseimbangan kesihatan sistem penghadaman terutama bagi kanak-kanak memandangkan ia organ pertahanan badan terbesar bagi tubuh.

Probiotik berasal daripada perkataan Greek bermaksud ‘untuk kehidupan’ dan ia digunakan sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan.

Ini menjelaskan probiotik adalah bakteria baik yang menjadi sebahagian daripada populasi mikro semula jadi di dalam perut.

Ia bertindak membantu mengekalkan kesihatan perut yang baik dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan, menggalakkan proses pembuangan sisa dengan lebih baik malah, meningkatkan penyerapan nutrien serta mengurangkan kehadiran organisma berbahaya.

Kebiasaannya, bakteria baik ini melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus.

Ia berperanan membaiki masalah usus seperti kembung, cirit-birit dan sembelit disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan antiinfektif protein untuk melawan patogen (mikroorganisma berbahaya).

Contoh probiotik yang biasa ditemui adalah seperti bifidobakteria dan lactobacillus dan kewujudannya membantu mengekalkan populasi bakteria patogen berbahaya dalam jumlah sepatutnya.

Sementara itu, prebiotik pula diklasifikasikan sebagai bakteria jahat sebelum bertukar menjadi bakteria baik.

Ia adalah makanan yang diperlukan bakteria untuk membiak, namun walaupun dianggap sebagai makanan berfungsi ia tidak boleh dihadam.

Prebiotik berfungsi sebagai penggalak pertumbuhan di dalam usus kerana ia bersifat serat yang tidak boleh dihadam seperti oligosakarida, inulin, dan pirodekstrin yang terdapat dalam sesetengah makanan.

Apabila dimakan, serat terbabit akan disalurkan terus kepada usus dan dicerna oleh bakteria baik untuk pertumbuhannya. Oleh itu, prebiotik ini menggalakkan pertumbuhan dan meningkatkan aktiviti metabolisme bakteria baik.

Menurut Pakar Nutrisi, Fakulti Sains Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat terutama kepada mereka yang tidak diberikan susu ibu serta mempunyai sistem imun badan yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan selain berupaya mengurangkan risiko kejadian ekzema.

Katanya, probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan memberi manfaat serta selamat untuk kanak-kanak banyak mengandungi lactobacillus kerana pengambilannya mampu melindungi si kecil dan mengelak sakit daripada berulang di samping menguatkan imuniti badan.

“Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan anak mudah jatuh sakit dan lesu serta boleh mempengaruhi kemahiran sosial mereka.

“Keadaan ini bukan saja merisaukan ibu bapa malah mungkin turut menjejaskan tumbesaran dan prestasi kognitif mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran makanan sampingan Natural Prebiotic sempena Ekspo Makanan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, Dr Aminah berkata, susu antara sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat adalah komponen diet terpenting bagi kanak-kanak setiap hari dalam membantu memastikan pengambilan tenaga, protein, lemak, vitamin dan mineral mencukupi.

Namun, katanya, ada juga kanak-kanak yang tidak boleh meminum susu kerana ia mengandungi banyak laktos dan ibu bapa boleh menggantikannya dengan yogurt bagi memastikan keseimbangan sistem penghadaman mereka tidak terjejas.

Malah, gangguan keseimbangan di dalam sistem penghadaman itu akan menggalakkan peningkatan populasi bakteria jahat yang melemahkan sistem pertahanan badan dan boleh mengundang pelbagai penyakit.

“Jika berlaku ketidakseimbangan terbabit, ia boleh mendorong kepada beberapa masalah membabitkan usus dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak antaranya sukar menerima sesuatu makanan, angin berlebihan serta alahan makanan.

“Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mendapat diet pemakanan seimbang daripada pelbagai kelas makanan yang ditetapkan dalam piramid makanan bagi memastikan tumbesaran mental dan fizikal sejajar dengan usia,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengarah Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd, Ramli Sani.

Menurutnya, produk makanan sampingan yang dikeluarkan Natural Prebiotic adalah 100 peratus memiliki prebiotik semula jadi yang diperoleh melalui bahan utamanya iaitu gum arabic.

Ia terhasil daripada cecair yang dikeluarkan daripada pokok akasia yang menjadi keras apabila terkena cahaya matahari. Bahan ini banyak digunakan bagi menurunkan tahap kolesterol dalam badan serta dalam ilmu perubatan tradisional terutama di negara asalnya, Sudan.

Ramli berkata, ini satu cara rawatan alternatif bagi membantu mencegah masalah buah pinggang, diabetes, darah tinggi, gout serta masalah kulit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/03

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Kesihatanususpengaruhiketahananbadan/Article/

NURICH LACTO-LITE – 10 Reasons Yogurt Top Health Food

“Menambah yogurt untuk diet anda boleh merangsang enjin pembakaran lemak badan anda, kelajuan penurunan berat badan, dan trim perut anda, menurut kajian baru.” WebMD Health News

10 Reasons Yogurt Top Health Food

Sumber: http://www.askdrsears.com

  1. Yogurt adalah lebih mudah dihadam berbanding susu. Ramai orang yang tidak boleh menerima susu, sama ada kerana sikap tidak bertoleransi alergi atau laktosa protein, boleh menikmati yogurt.
  2. Yogurt menyumbang kepada kesihatan kolon. Ada hakikat perubatan yang menyatakan: “Anda hanya sihat sebagai kolon anda.”
  3. Yogurt meningkatkan bioavailabiliti lain-lain nutrien. Pembelaan yogurt meningkatkan penyerapan kalsium dan B-vitamin. Asid laktik dalam yogurt membantu dalam pencernaan kalsium susu, membuat lebih mudah untuk menyerap.
  4. Yogurt boleh meningkatkan imuniti.
  5. Yogurt membantu penyembuhan selepas jangkitan usus. Beberapa gangguan virus dan alergi gastrousus mencederakan lapisan usus, terutamanya sel-sel yang menghasilkan laktase.
  6. Yogurt boleh mengurangkan jangkitan yis.
  7. Yogurt adalah sumber yang kaya kalsium.
  8. Yogurt merupakan sumber protein yang sangat baik.
  9. Yogurt dapat mengurangkan kolesterol.
  10. Yogurt “menanam makanan”.

 

NURICH LACTO-LITE – Yogurt with Live Culture & Inulin Powder Drink

Nurich Lacto-Lite Yogurt with Live Culture & Inulin Powder Drink

Penghadaman Baik . Badan Sihat
Langkah Pencegahan untuk Menjamin Kesihatan Badan

Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup & Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan anda.

Kultur hidup terdiri daripada bakteria baik (friendly bacteria) yang berfungsi untuk membantu pencernaan, meningkatkan pergerakan usus dan kesihatan sistem penghadaman dan menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria. Inulin (sejenis fiber) pula membantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.

Kedua-dua kultur hidup dan inulin digunakan bersama untuk menyeimbangkan flora usus dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan.

Klik di sini untuk Sijil Halal