Tag Archives: bisnes

Image

Tawaran Hebat: Bagi Kulit Yang Bermasalah & Sesiapa Yang Berminat Menjadi Agen

image

* Kolagen paling sesuai dengan kolagen manusia
* Keberkesanan produk sangat tinggi.
* Sangat laris di pasaran.

Posted by CDM Kamaliah 0195591424

PERNIAGAAN/BISNES ADALAH IBADAH: Watch “Aa Gym_Niaga Menjadi Ibadah” on YouTube

Buka Puasa 2011: Majlis Iftar Hai-O Marketing Sdn Bhd

Bersama CDM Kak Na dan CDM Abg. Lan

Bersama mentor-mentor

Khamis 18 Ogos 2011: Majlis berbuka puasa anjuran Hai-O Marketing Sdn Bhd yang diadakan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam (“Makanan memang kelas… terutama kambing panggang… memang sedap”).  Majlis tahunan bagi meraikan anak yatim sempena bulan Ramadhan.

Jejaka 'Beautiful'

Ala-ala 'Imam Muda'

Tazkirah berkenaan dengan akhlak Islam semasa bermuamalat, bertanggungjawab dengan kerja yang dilakukan terutama kepada pelanggan dan rakan kongsi, jangan lupa/tinggalkan solat “bisnes-bisnes jugak, solat jangan lupa”.  Rezeki hakikatnya datang dari Allah, so.. jangan dengki-dengki, banyakkan bersyukur nescaya Allah akan tambahkan rezeki yang berlipat ganda.

Serikandi Premium Beautiful

Acara wajib 'posing' depan kamera... Serikandi-serikandi Beautiful.

Terima kasih kepada pihak syarikat khusus kepada Mr. Tan dan Mr. Teoh yang sentiasa memberikan sokongan kepada ‘perjuangan’ kami.  Kepada mentor-mentor hebat terutama CDM Chan, Madam, CDM Kak Na, CDM Abg Lan, CDM Ramzi, CDM Kak Ina, CDM Kak Yah, bakal CDM Abg Hassan  jasa anda memang terlalu besar, hampir 5 tahun bersama dan untuk selamanya Insya’Allah… terima kasih banyak-banyak.

SKIM PIRAMID – Sumber KPDNKK

“Bacalah jangan sampai tertipu”

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
  • Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
  • Peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

 

SKIM PIRAMID

  • Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
  • Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
  • Kontrak bertulis tidak disediakan.
  • Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.
  • Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.
  • Dasar bayar balik barang-barang tidak disediakan.
  • Dasar beli balik tidak dibenarkan atau disediakan.
  • Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.
  • Pengunduran diri tidak dibenarkan.
  • Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.

CIRI-CIRI SKIM ATAU PERKIRAAN PIRAMID

Ciri-ciri utama

1.    Promosi sesuatu skim atau pampasan ialah semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan peserta atau pengenalan peserta dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid daripada jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.

2.    Pampasan dibayar kepada peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain.

Ciri-ciri kecil

1.    Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

2.    Pembelian produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan secara berwajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pampasan dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

3.    Peserta dikehendaki membeli produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak membeli pakej produk terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

4.    Polisi bayar produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.

5.    Polisi beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang mendapat pasaran pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan.

6.    Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk diberi pampasan.

7.    Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan.

8.    Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

PREMIUM BEAUTIFUL: Keunikan Fabrik Akwatek Akwadyne

KEUNIKAN FABRIK AKWATEK AKWADYNE:

  1. Penyejukan semulajadi dalam cuaca panas.
  2. Memanaskan badan dengan selesa semasa cuaca sejuk.
  3. Kuasa penyerapan toksid keluar dari tubuh badan.
  4. Pencetus penyerapan yang baik dan mengalih kelembapan (air, bau, wap).
  5. Berubah mengikut keadaan iklim dan cuaca

PREMIUM BEAUTIFUL – 15 Keistimewaan FIR

15 Keistimewaan FIR

  1. Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh.
  2. Meningkatkan kadar metabolisma.
  3. Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan.
  4. Mengelakkan pertumbuhan bakteria.
  5. Mengeluarkan peluh asid.
  6. Menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
  7. Mengekalkan kesegaran badan.
  8. Mengurangkan kandungan asid dalam darah.
  9. Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit.
  10. Tidur lebih nyenyak.
  11. Menghilangkan bau badan.
  12. Menghilangkan kulat dan fungus.
  13. Membersihkan udara dalam badan.
  14. Mengekalkan kepanasan suhu badan.
  15. Memperbetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik.

PREMIUM BEAUTIFUL – PENGIKTIRAFAN YANG CEMERLANG

SUPERBRANDS:

Quality : Kualiti

Reliabillty : Kebenaran, Mempercayai, Bergantung

Distinction: Cemerlang, Kelainan.

Premium Beautiful ialah pakaian dalam wanita yang berkualiti tinggi dan benar-benar berfungsi.  Kehebatannya menyebabkan ia dipercayai dan sipemakai pasti akan sentiasa akan bergantung padanya.  Kehebatannya pasti akan membuatkan sipemakai merasai kelainan dan menjadi lebih cemerlang.

PENGIKTIRAFAN PAKAR-PAKAR TULANG BELAKANG

Chiropractic is a form of alternative medicine that emphasizes diagnosis, treatment and prevention of mechanical disorders of the musculoskeletal system, especially the spine, under the hypothesis that these disorders affect general health via the nervous system.

Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi sistem saraf.

KEBAIKAN PREMIUM BEAUTIFUL

KEBAIKAN PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN
PREMIUM BEAUTIFUL

Kewanitaan adalah sesuatu yang sungguh indah,malangnya isu tentang hilangnya keanjalan kulit,menggeleber,payu dara yang semakin mengikut graviti,hilangnya bentuk badan yang menggiurkan suami kurang diambil berat oleh sesetengah wanita dengan alasan tiada masa,sekarang kami menawarkan satu produk yang boleh membantu semua di atas,ini lah dia PREMIUM BEAUTIFUL

  • Ia dapat membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik serta bentuk badan yang sihat dan seimbang.
  • Ia memberi kesan secara serta-merta di bahagian pinggang di mana ukuran badan anda akan berkurangan.
  • Ia dapat memperbaiki bentuk badan dengan membentuk payu dara yang mempesona, pinggang yang lebih ramping dan kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Anda akan merasa kenyang walaupun hanya makan sedikit kerana pemakaian Premium Beautiful mengurangkan selera.
  • Pemakaian Premium Beautiful akan cepat mengurangkan berat badan melalui proses pemampatan dan perpeluhan.
  • Kuasa lateks merangsang urutan secara mikro ketika anda bergerak, dengan itu dapat membantu menurunkan ukuran badan anda.
  • Ia menggalakkan pemulihan bentuk badan selepas bersalin kerana ia meningkatkan keanjalan badan.
  • Ia berupaya memperbetulkan postur dan memperbaiki kadar metabolisme.
  • Ia mengurangkan kesakitan bahagian pinggang dengan pembetulan kedudukan tulang belakang.
  • Kombinasi kebaikan tersebut memberi kesan yang luar biasa serta meningkatkan personaliti dan keyakinan diri.

Jelajah Dunia: SWITZERLAND

BUMI SWITZERLAND YANG INDAH


Oktober 2010 lalu merupakan saat-saat manis bagi 322 pengedar Hai-O Marketing yang berjaya mendapat insentif Seminar Seberang Laut ke Switzerland. Negara yang terkenal dengan gunung yang indah dan persekitaran semulajadi yang cantik itu juga merupakan syurga membeli-belah. Yang paling terkenal pasti coklat, jam serta pelbagai barangan Swiss yang lain.

Beraya ke?….. Jelesnya.

Sesungguhnya lawatan kali ini amatlah hebat sekali kerana ia adalah lokasi paling jauh pernah ditawarkan Hai-O Marketing sebagai insentif kepada pengedarnya. Tahniah kepada semua pengedar yang telah ke sana dan pastinya lokasi seterusnya lebih jauh dan lebih hebat. Apa-apa pun, pengalaman di Switzerland semanis coklatnya!mengagumkan. Melihat bagaimana jam dihasilkan di Cuckoo Clock Workshop. Berehat sebentar di Berne.Bergambar di Cuckoo Clock Workshop di Titisee.

Jelajah Dunia: BANDUNG & JAKARTA

SEMINAR SEBERANG LAUT JAKARTA – BANDUNG

Januari 2011 lalu, seramai 100 orang pengedar Hai-O Marketing telah mengikuti rombongan Seminar Seberang Laut ke Jakarta dan Bandung. Selain mengikuti seminar khas, rombongan ini turut bercuti sambil melawat tempat-tempat menarik di sana. Sudah tentunya aktiviti membeli-belah yang paling menarik kerana Bandung dan Jakarta memang terkenal dengan pelbagai produk istimewa unik Indonesia.

Antara tempat menarik yang dilawati ialah kawah Tangkuban Perahu, Kolam Air Panas Ciater dan pelbagai lagi. Rombongan empat hari tiga malam ini bermula di Bandung dan berakhir di Jakarta. Rombongan tiga bas ini turut melawati pejabat PT. Hai-O Indonesia di Mangga Dua, Jakarta. Tahniah kepada semua pengedar yang telah ke sana dan semoga ia akan terus mengikat kesatuan semua serta meningkatkan motivasi!