Tag Archives: skim cepat kaya

SKIM PIRAMID – Sumber KPDNKK

“Bacalah jangan sampai tertipu”

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
  • Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
  • Peranan dan fungsi kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.

 

SKIM PIRAMID

  • Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
  • Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
  • Kontrak bertulis tidak disediakan.
  • Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.
  • Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.
  • Dasar bayar balik barang-barang tidak disediakan.
  • Dasar beli balik tidak dibenarkan atau disediakan.
  • Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.
  • Pengunduran diri tidak dibenarkan.
  • Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.

CIRI-CIRI SKIM ATAU PERKIRAAN PIRAMID

Ciri-ciri utama

1.    Promosi sesuatu skim atau pampasan ialah semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan peserta atau pengenalan peserta dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid daripada jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.

2.    Pampasan dibayar kepada peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding jualan produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain.

Ciri-ciri kecil

1.    Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

2.    Pembelian produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan secara berwajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pampasan dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

3.    Peserta dikehendaki membeli produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak membeli pakej produk terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

4.    Polisi bayar produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.

5.    Polisi beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi produk, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang mendapat pasaran pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan.

6.    Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk diberi pampasan.

7.    Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan.

8.    Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.

MLM dari perspektif Fiqh Islami

Isnin 16 April 2007 | 28 Rabi’ul Awal 1428 Hijrah

MLM dari perspektif Fiqh Islami

Sumber: Harakahdaily

Fri | Apr 13, 07 | 05:10:52 PM

‘Multi Level Marketing’ (MLM) adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan secara meluas kini. Walaupun MLM berteraskan jualan langsung, tetapi sistem dan perjalanan antara MLM tertentu dengan yang lain adalah berbeza.

Justeru, hukum halal dan haram MLM tidak boleh diukur kepada namanya sahaja, tetapi ia mesti dilihat perjalanan MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya.

Untuk mengukur MLM dari perspektif Islam, kita perlu melihat beberapa sudut seperti hukum asal MLM, faktor yang mengharamkannya dan cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram itu.

MLM dari sudut positif

Jika dilihat sudut positif, MLM berperanan ‘pemecah’ kepada pemonopolian pasaran bagi sesetengah produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hampir tiada di pasar raya di negara kita hatta pasar kecil atau kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk orang Islam tempatan mempunyai mutu yang baik dan terjamin halalnya.

Apabila orang Islam yang mampu mengeluarkan produk tersendiri, tetapi apabila berdepan pasaran yang sebahagiannya boleh disifatkan sebagai ‘dibentengi’ menyebabkan kemampuan orang Islam mengeluarkan produk akhirnya terhenti akibat tidak dapat bersaing dengan pengeluar lain dari sudut pemasaran.

Hakikatnya orang Islam yang mempunyai keupayaan menghasilkan produk mempunyai modal kecil berbanding syarikat gergasi antarabangsa serta mereka tidak mampu menanggung kos pemasaran yang tinggi berbanding syarikat gergasi yang lain.

Akhirnya mereka berdepan kelembapan pasaran seterusnya keupayaan dan potensi orang Islam yang sepatutnya boleh dibangun dan dipertingkatkan mati begitu sahaja. Lebih parah apabila kerajaan membuat perjanjian FTA dan serangan globalisasi yang menyebabkan persaingan tidak adil antara pemodal besar dan peniaga kecil.

MLM dari sudut positifnya boleh menjadi strategi pemasaran bagi memecahkan pasaran yang dibentengi tembok tertentu. Ia berguna bagi memperkenalkan produk terutamanya produk halal orang Islam tempatan.

Justeru, MLM perlu dilihat dari sudut positif dan kita sepatutnya sama-sama berusaha memperbaikinya supaya bertepatan dengan syariat sehingga sistem MLM dapat menjadi penyumbang kepada pemasaran barangan orang Islam.

Hukum asal MLM

Hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya. “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (maksud al-Baqarah 29).

Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. Berdasarkan kaedah ini, hukum asal sistem dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor yang mengharamkannya. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut kekal harus.

Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama.

Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang. Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun dan ‘had maksimum keuntungan’, maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain.

Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada:

1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram.

2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haramseperti muamalat yang berasaskan kepada bai’ ‘inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.

Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. Berbeza dengan asas kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta’abbudi.

Justeru, talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding talfik dalam muamalat.

Faktor-faktor haram

Selama mana sesuatu muamalat tidak dimasuki unsur dan faktor haram, maka hukumnya harus sebagaimana asal. Setakat ini faktor haram di sebalik MLM ialah:

1. Perjudian

Perjudian yang terdapat dalam sesetengah MLM dinamakan judi ’21 up’. Judi ’21 up’ bermaksud, setiap yang terlibat di dalam perjudian tersebut mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan RM10. Selepas pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mengumpulkan sebanyak 21 mata akan mengambil semua wang yang dipertaruhkan.

Konsep ini diamalkan dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi kepada orang yang mencapai point tertinggi atau jualan tertinggi dalam sesuatu level. Contohnya, andai kata dalam level ketiga terdapat 3 orang menjual ubat gigi yang harga jualannya RM5. Daripada RM5 itu, syarikat mengambil RM3 sebagai kos dan untung, manakala penjual MLM mendapat RM1 daripada setiap unit yang dijual. Baki RM1 dipegang syarikat untuk diberikan kepada orang pertama dalam level tersebut yang mencapai tahap jualan sebanyak 5 unit.

Jika penjual pertama berjaya menjual 3 unit, penjual kedua sebanyak 2 unit dan penjual keempat sebanyak 5 unit, maka penjual ketiga akan memperolehi bonus RM10 kerana dia adalah orang pertama dalam level tersebut mencapai jualan 5 unit.

Hakikatnya, RM5 daripada RM10 bonus itu adalah hak penjual pertama (RM3) dan hak penjual kedua (RM2) yang dipegang syarikat yang akhirnya diserahkan kepada penjual ketiga kerana berjaya mencapai jualan target.

Bonus dalam bentuk ini secara pastinya adalah perjudian yang diharamkan Islam kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana kalah, justeru tidak mencapai jualan ‘target’. Sedangkan konsep keuntungan dalam muamalat Islam yang berpandukan surah al-Baqarah ayat 286 ialah, ‘setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan’.

Bagaimanapun, perjudian yang mencemari MLM ini dapat dibersihkan dengan pelbagai cara seperti pembahagian bonus, bersumberkan keuntungan syarikat yang diagihkan kepada setiap penjual MLM berpandukan unit yang berjaya dijual.

Walaupun bonus yang berkonsepkan pembahagian yang berpandukan jumlah jualan tidak dapat dijadikan bahan kempen kerana jumlah bonus penjual tertinggi lebih rendah berbanding bonus yang berkonsepkan perjudian, tetapi ia bersifat adil untuk semua pihak.

Sememangnya sebahagian pembuat sistem MLM lebih tertarik dengan bonus yang berkonsepkan perjudian kerana ia boleh dijadikan bahan untuk menarik orang ramai menyertainya justeru nilaiannya yang sangat tinggi, tetapi ia diharamkan kerana nilai yang tinggi tadi diperolehi dengan menzalimi pihak lain.

2. Riba

Apabila terdapat ‘fixed return’ atau janji kemasukan tetap dalam sesuatu sistem MLM, maka ia adalah riba yang diharamkan. Contohnya, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran RM50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran, maka ia berhak mendapat RM5 setiap bulan sebagaimana dijanjikan syarikat di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin penggunaan produk MLM.

‘Fixed return’ tersebut adalah riba yang mencemarkan keharusan sistem MLM. Jelasnya, ‘fixed return’ ini juga diadakan guna untuk menarik orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut. Bagaimanapun, sistem MLM yang dicemari riba ini boleh dibersihkan melalui pelbagai cara.

Contohnya agihan keuntungan berdasarkan mata penggunaan melalui konsep mudharabah, dimana setiap ahli yang membeli adalah mudhorib (pencarum) yang berhak mendapat peratusan keuntungan syarikat MLM dalam tempoh setahun sebagai contoh. Cara ini bersih daripada riba dan boleh menarik orang ramai menjadi ahli MLM ini.

3. Tadlis, taghrir dan Syamta

Tadlis bermaksud memalsukan, taghrir bermaksud memperdayakan dan syamta’ pula bermaksud ‘make up’ hamba yang hodoh sehingga kelihatan cantik dengan tujuan memperdayakan pembeli.

Contohnya, syarikat yang berkempen menarik keahlian dengan mengeluarkan buletin yang mempamerkan ahli yang dihadiahkan bonus kereta BMW 3 Series. Ahli dan orang ramai yang melihat buletin tersebut secara umumnya memahami syarikat menghadiahkan kereta tersebut kepada ahli berkenaan tanpa bayaran-bayaran tambahan. Sedangkan syarikat hanya membayar muka pendahuluan RM1,000 untuk diserahkan kepada ahli yang diiklankan sebagai paling cemerlang.

Apabila ahli tersebut menerimanya, ia terpaksa menanggung ansuran bulanan yang tinggi yang akhirnya menyebabkan ahli tadi hanya mampu memakai kereta tersebut dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Syarikat berjaya mengiklankan si ahli tersebut berjaya mendapatkan BMW 3 Series tanpa menjelaskan keadaan sebenar syarikat yang hanya membayar down payment RM1000. Apabila diiklankan ‘dihadiahkan’ atau ‘menerima hadiah’ atau ‘berjaya memperolehi’, umum memahami si ahli memperolehi secara seratus peratus kereta tersebut tanpa apa-apa ansuran bulanan.

Menyembunyikan hakikat pembayaran RM1000 sebagai down payment pastinya bersalahan dengan pemahaman umum. Ini menyebabkan pengiklanan tadi boleh dikategorikan sebagai ‘taghrir’ (memperdayakan) dalam bentuk ‘Syamta’ yang diharamkan.

Syamta’ ini boleh dibersihkan melalui pelbagai alternatif. Syarikat boleh menganjurkan majlis penyampaian bonus yang halal kepada ahli-ahli yang mencapai jualan tertinggi dan diiklankan dalam buletin. Sekalipun iklan dalam bentuk ini tidak semenarik iklan ahli yang mendapat BMW 3 Series, tetapi ia berupaya menarik ahli baru dalam bentuk tidak memperdayakan dan tidak menghiasi sesuatu hakikat yang tidak benar.

4. Mengambil hak orang lain dengan cara yang salah

Terdapat MLM yang sistemnya berkonsepkan kutu yang haram seperti penggunaan konsep ‘Auto Placement’. Dalam konsep ‘Auto Placement’ ini, ahli pertama perlu mencari dua ahli di bawahnya dan setiap ahli dikenakan yuran RM2. Yuran RM2 tadi terkumpul dan akan dinikmati ahli yang awal sehinggalah yang pertama terkeluar dengan masuknya ahli baru.

Konsep ini asalnya bukan sistem MLM bahkan ia konsep kutu yang haram. Tetapi ada sistem MLM menggunakan kaedah kutu yang haram ini bagi penetapan yuran keahlian dan jumlah yuran ahli yang terkumpul dijadikan bonus bagi level yang paling tinggi.

Di sini, syarikat MLM yang menggunakan konsep ini tidak mementingkan barang, tetapi ia mementingkan keahlian kerana bonus yang diperolehi ‘upline’ adalah yuran ahli yang terkumpul. Ini punca sesetengah barangan yang tidak jelas dalam sebahagian MLM.

Jika ada bertanya, apa salahnya jika pembayaran yuran berasaskan reda sebagaimana dalam hukum hibah dan tabarru’? Jawapannya, reda yang menjadi syarat halal tersebut mesti didahului atau disertai perniagaan halal sebagaimana ayat 29, an-Nisaa’. Jika tiada perniagaan, iaitu wang yang dikeluarkan hanyalah berbentuk yuran terkumpul yang dipusingkan di kalangan ahli tanpa ada apa-apa pertukaran, maka reda tidak boleh menjadi sebab untuk menghalalkannya.

Tambahan pula, hibah dan tabarru’ yang halal dan harus tidak boleh disertai dengan tujuan seperti hibah untuk mendapatkan untung, dan sebagainya. Jika hibah dengan niat ini, ada pendapat yang menyatakan batal dan ada menyatakan ia berubah menjadi transaksi jual beli atau seumpamanya dan bukan lagi hibah sebenar.

Jika berpandukan pendapat yang menyatakan batal, maka penyertaan dalam MLM yang bersifat seperti ini adalah batal. Dan jika berpandukan pendapat hibah dengan niat mendapatkan keuntungan ini berubah menjadi hukum jual beli, maka tuntasnya jika ketiadaan barang yang menjadi pertukaran maka hukumnya adalah haram kerana si pemakannya memakan hak orang lain tanpa sebab yang harus sebagaimana konsep kutu yang haram di atas.

Bukan semua hibah hukumnya harus bahkan kadangkala hibah menjadi haram seperti hibah yang menjadi syarat pinjaman yang dikategorikan sebagai riba yang haram.

5. Penindasan

Bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. Sebagaimana diterangkan, ahli-ahli yang tidak mencapai jualan ‘target’ akan dicabut bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan memberikan kepada orang yang mencapai jualan ‘target’.

Seorang ahli yang berjaya menjual 5 produk yang sepatutnya mendapat keuntungan asal bagi setiap satunya berjumlah RM2, tetapi ahli tersebut hanya diberikan RM1 kerana tidak berjaya mencapai jualan ‘target’ dan baki RM1 diambil syarikat untuk diserahkan kepada ahli satu level yang berjaya mencapai jualan target.

Ini bermakna, ahli yang berjaya menjual 5 produk diberikan RM5 dan RM5 lagi diserahkan kepada ahli yang berjaya mencapai jualan ‘target’ seperti berjaya menjual 10 produk. Justeru, ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM25 (RM20 untung jualan dan ditambah bonus RM5 yang diambil daripada ahli yang tidak dapat mencapai jualan ‘target’).

Di samping mengandungi unsur perjudian, ia juga mengandungi penindasan yang menjadi punca haram. Sedangkan konsep muamalat Islam ialah, setiap seseorang berhak mendapat apa yang ia usahakan. Berdasarkan konsep Islam ini, si ahli yang berjaya menjual lima produk sepatutnya mendapat RM10 sebagaimana ahli yang berjaya menjual 10 produk mendapat RM20.

Apakah alternatifnya?

Sebenarnya, Islam hanya menyenaraikan unsur-unsur haram sahaja dan selainnya halal. Ada ulama hanya menyimpulkan sebab-sebab haram hanya tiga perkara, iaitu riba, gharar dan zalim. Jika sesuatu muamalat bersih daripada ketiga-tiga unsur ini, maka hukumnya halal.

Justeru, alternatif kepada unsur-unsur haram ini terlalu banyak jika dibincangkan secara serius dan bersama. Contohnya, jika ‘upline’ haram mendapatkan bahagian yuran ‘downline’ kerana ia termasuk dalam kategori ‘memakan harta orang lain secara batil’ seperti bentuk yang diterangkan, pihak syarikat boleh menyediakan jumlah tertentu sebagai kos marketing untuk diberikan kepada ‘upline’ yang berjaya mencari ‘downline’ atau ahli pengguna baru dengan perincian tertentu.

Berdasarkan konsep Islam, ‘upline’ boleh mendapatkan bahagian upahnya mencari pengguna baru kerana itu hasil usaha dan titik peluhnya, tetapi disyaratkan perolehannya tadi bukan dengan cara memakan hasil orang lain.

Justeru, apabila disebut ‘upline’ haram mendapatkan bahagian yuran ‘downline’ maka kita memahami bahawa ‘upline’ tidak berhak mendapat apa-apa. Ini menatijahkan ‘upline’ yang bertindak sebagai pekerja marketing tidak akan melakukan kerja promosi dan akhirnya syarikat tidak berkembang dan barangan produknya akan mati begitu sahaja.

Unsur haram pada MLM tanpa disusuli usaha mencari alternatifnya akan mematikan sebahagian pembangunan produk orang-orang Islam dalam konteks dan suasana ekonomi kita sekarang.

Pakar-pakar ekonomi yang mencipta sistem MLM jangan berputus asa apabila sistemnya disifatkan haram atau mengandungi unsur haram. Mereka mestilah meningkatkan usaha dan meninggikan semangat melalui perbincangan dengan ulama berkebolehan di lapangan ekonomi dan muamalat Islam bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara-perkara buntu serta alternatif kepada unsur-unsur haram.

Sikap, tindakan dan peranan umat Islam

• Tidak boleh cepat menghukum: Apabila diperhatikan unsur haram yang disenaraikan di atas, kita dapati sebahagiannya hanya diketahui pihak yang menggubal sistem MLM itu sendiri. Contohnya hakikat kepada sumber bonus yang diagihkan hanya diketahui oleh pembuat sistem MLM sahaja sekalipun terdapat beberapa petunjuk yang menjadi ukuran kepada sumbernya.

Sikap kita sebagai pemerhati tidak boleh terlalu cepat menghukum halal atau haram sesuatu MLM melainkan melalui penyelidikan atau terdapat sebab yang jelas keharamannya. Ini dari sudut kita sebagai pemerhati yang tidak terlibat dengan sistem MLM.

• Tidak terlibat dalam perkara yang tidak jelas: Jika kita ingin menyertai, sepatutnya kita mengetahui dengan jelas apakah sumber bonus yang bakal kita perolehi, apakah punca pengembangan modal yang dilaburkan dan sebagainya. Jika ia tidak jelas dan masih keliru dengan sistem atau rangkaian MLM, ia tidak sepatutnya melibatkan diri.

• Tidak terpedaya dengan kempen ‘cepat kaya’: kadangkala faktor yang menjebakkan seseorang ke dalam rangkaian MLM yang haram disebabkan keghairahan keuntungan yang ditawarkan. Sepatutnya kita perlu berfikir rasional dan logik kerana ulama Islam menggariskan sebab-sebab pulangan di dalam lingkungan tiga perkara: modal, kerja dan dhoman.

Jika sesuatu keuntungan yang dijanjikan bukan selain daripada tiga perkara tadi, sama ada ia menyebabkan kita akan tertipu atau akan mengalami kerugian atau memang benar-benar mendapat untung sebagaimana yang dijanjikan tetapi keuntungan tadi dibina di atas kezaliman dan penindasan terhadap orang lain.

• Bantu membantu dalam kebaikan: Kita perlu membantu ekonomi orang-orang Islam dengan membeli barangan keluaran mereka sekalipun harganya lebih mahal dan mutunya mungkin lebih rendah.

Ini kerana, modal yang dimiliki orang Islam lebih rendah berbanding bukan Islam, menyebabkan kos pengeluaran dan pemasaran lebih tinggi berbanding mereka yang bermodal besar seterusnya menyebabkan harganya tidak mampu diturunkan lebih rendah daripada produk antarabangsa yang kuantiti pengeluaranya lebih banyak dan pasarannya lebih meluas.

Jika orang Islam tidak membantu dan hanya memilih barangan lebih murah dan bermutu tanpa melihat kepada ‘konsep membantu orang Islam’, ia akan melenyapkan produktiviti orang Islam dan menyuburkan produktiviti orang bukan Islam.

Jika orang Islam bersabar dengan menjadi pengguna tetap kepada produk keluaran orang Islam sekalipun harganya lebih tinggi dan mutunya lebih rendah berbanding produk antarabangsa yang bukan Islam, maka ia dapat meningkatkan mutu keluaran orang Islam dan membantu menurunkan harga barangan tersebut apabila keupayaan meningkatkan kuantiti pengeluaran produk orang Islam bertambah dengan sokongan kita melalui pembelian dan menjadi pengguna tetap.

Penutup

Hukum asal MLM harus kecuali apabila dimasuki faktor-faktor haram. Dari sudut positif, sistem MLM boleh bertindak sebagai pemecah kepada tembok monopoli pasaran seterusnya membantu orang Islam mengembangkan produk mereka. Justeru, pembinaan ini mestilah digabungkan antara kepakaran ahli-ahli ekonomi dan perniagaan dengan ulama-ulama yang berkebolehan dalam bidang ekonomi dan muamalat Islam.

Pembaikan sistem MLM supaya bertepatan dengan syariat sebagai strategi pemasaran produk orang Islam amat penting dalam keadaan dan suasanan negara yang semakin membuka pintu globalisasi ekonomi, terutama ketika berdepan FTA. Pengemblengan tenaga antara ulama dan ahli perniagaan amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi umat Islam.

Sumber: Harakahdaily

Jelajah Dunia: BANDUNG & JAKARTA

SEMINAR SEBERANG LAUT JAKARTA – BANDUNG

Januari 2011 lalu, seramai 100 orang pengedar Hai-O Marketing telah mengikuti rombongan Seminar Seberang Laut ke Jakarta dan Bandung. Selain mengikuti seminar khas, rombongan ini turut bercuti sambil melawat tempat-tempat menarik di sana. Sudah tentunya aktiviti membeli-belah yang paling menarik kerana Bandung dan Jakarta memang terkenal dengan pelbagai produk istimewa unik Indonesia.

Antara tempat menarik yang dilawati ialah kawah Tangkuban Perahu, Kolam Air Panas Ciater dan pelbagai lagi. Rombongan empat hari tiga malam ini bermula di Bandung dan berakhir di Jakarta. Rombongan tiga bas ini turut melawati pejabat PT. Hai-O Indonesia di Mangga Dua, Jakarta. Tahniah kepada semua pengedar yang telah ke sana dan semoga ia akan terus mengikat kesatuan semua serta meningkatkan motivasi!

 

 

TAHNIAH: Anugerah kecemerlangan perniagaan beretika 2010/2011



Hai-O Marketing telah diberi Pengiktirafan Tertinggi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Disember 2010 lalu. Anugerah disampaikan Menteri KPDNKK, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengurus Besar Hai-O Marketing, Encik Teoh Nee Siang.

Anugerah ini bertujuan untuk mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf syarikat-syarikat yang mempunyai kod etika perniagaan bagi setiap kriteria perniagaan mereka. Ia telah menerima 56 penyertaan, di mana Hai-O mendapat Pengiktirafan Tertinggi bagi kategori syarikat sederhana. Penilaian dibuat terhadap 32 kriteria penilaian penting yang patut terkandung dalam sesuatu kod etika. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Hai-O amat memandang serius tentang perlaksanaan etika dalam perniagaannya dan ia telah diberi sokongan dan pengesahan daripada Kerajaan.

PERBEZAAN ANTARA ORANG YANG BERJAYA DAN ORANG BIASA

Orang yang biasa
  • Salahkan orang lain
  • Mengulangi kesilapan
  • Menjangka tidak akan gagal lagi
  • Menjangka akan sentiasa gagal
  • Menerima tradisi membuta-tuli
  • Dikongkong kesilapan lalu
  • Berfikiran “Aku Orang Yang Gagal”
  • Berhenti

Orang yang berjaya
  • Mengambil tanggungjawab
  • Belajar dari kesilapan
  • Faham kegagalan adalah proses kemajuan
  • Sentiasa bersikap positif
  • Fokus pada kelebihan diri,bukan kelemahan
  • Mempertikai tradisi yang lapuk
  • Mengambil risiko baru
  • Tahu ada perkara yang tidak berkesan
  • Istiqamah

FATWA JUALAN LANGSUNG (MLM)

Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.
Keputusan (English):

The Ruling on Multi Level Marketing in Islam

Decision:

The 72nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd January 2006 has discussed the ruling on multi level marketing in Islam. The Committee has decided that the concept, structure, and regulations of Multi Level Marketing (MLM) approved by the Government are permissibHe and not in contradict ion to the Islamic business concept.

SKIM CEPAT KAYA – Panduan dari BNM

Apakah Skim Cepat Kaya?

Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Skim “Cepat Kaya” yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:

Aktiviti pengambilan deposit secara haram

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Urus niaga mata wang asing haram

Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).

Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.

AMARAN: Skim Pelaburan Melalui Internet


Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim tersebut.

Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?


Skim pengambilan deposit secara haram

Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).

Amaran Untuk Pelabur

  1. Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.
  2. Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;
  3. Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.
  4. Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Skim urus niaga mata wang asing haram

Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:

  1. Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);
  2. Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
  3. Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;
  4. Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
  5. Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan (“panggilan margin”) atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

Amaran untuk Pelabur


Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba menyakinkan bakal-bakal pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi-

  1. Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan pelabur-pelabur untuk mengendalikan akaun-akaun mereka melalui internet;
  2. Dengan peralatan urus niaga seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan;
  3. Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat.

Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim seperti ini?

  1. Ingatlah pada kata hikmat iniSesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan;
  2. Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;
  3. Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;
  4. Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;
  5. Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;
  6. Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan
  7. Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim seperti ini?
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut , sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:

Alamat:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my

Kami juga boleh dihubungi di nombor telefon yang berikut:

Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 2143

Sumber: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551&lang=bm

Rujukan dari WIKIPEDIA: http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_cepat_kaya

SKIM PIRAMID… Awas !

Peningkatan berganda geometri yang tidak dapat diteruskan dalam skim piramid klasik.

 

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk Malaysia,  Amerika Syarikat, Great Britain, Australia dan New Zealand.  Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_piramid

GARLIC

Hai-O Garlic

Rempah yang Biasa & Makanan Kesihatan

Bawang putih, sejenis rempah yang lazim dimasukkan ke dalam makanan untuk memberi rasa, sesungguhnya adalah herba yang istimewa. Bawang putih adalah makanan kesihatan yang amat dihargai sejak zaman purba sehingga zaman sekarang.

Hai-O Garlic adalah pati daripada kandungan aktif bawang putih dikeluarkan melalui satu proses teknologi di mana nilai pemakanan dipertingkatkan serta rasa pedas dan bau semulajadi dibuangkan. Setiap butir bawang putih mengandungi 100% serbuk bawang putih. Hai-O Garlic tidak mendatangkan kepedihan kepada mukosa gastrik serta mudah diserap oleh usus kecil.

Hai-O Garlic adalah sesuai untuk golongan semua usia sama ada perempuan atau lelaki.

Cara pengambilan: 2 butir, 2 kali setiap hari.

klik di sini untuk Sijil Halal

EURY JACK

Eury Jack

Meningkatkan Tenaga . Mengurangkan Keletihan

Gabungan pati antara Radix Eurycoma Longifolia Jack dan Herba Cistanches. Ia tidak mengandungi bahan awet, perasa tiruan, warna, bahan kimia atau bahan tambahan lain.

Secara tradisional produk ini telah digunakan untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan untuk lelaki.

Cara pengambilan: 1-3 kapsul sekali, 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.

klik di sini untuk Sijil Halal