Tag Archives: nikmat

PERKATAAN PERTAMA DAN PERKATAAN KEDUA

20120203-185001.jpg

Kita selalu dengar orang dikeliling kita mengucapkan perkataan INSYAALLAH bila diajukan pertanyaan bila awak nak itu dani ni,atau jawapan kepada sesuatu janji,…. terlalu mudah menuturkannya,tapi adakah kita fahami maksud sebenar perkataan itu, INSYAALLAH bermaksud jika diizinkan Allah swt,keizinan Allah datang dengan usaha dan ikhtiar kita bukan macam magic,tiba2 jadi,kadang2 orang salah guna dengan perkataan ini,jawapan INSYAALLAH adalah untuk sesuatu yang dia tak nak dan tak akan buat,Ya Allah bahayanya mempermainkan kalimah Allah,terlalu mudah menuturkannya tanpa fikir risikonya..

Hari ini saya nak petik kalimah pertama ini, INSYAALLAH dari sudut yang lebih menarik, janji kita untuk dapatkan sesuatu dengan sebutan kalimah ini,maka, bila kita nak sebut pula perkataan kedua iaitu ALHAMDULILLAH, cuba kita bayangkan betapa manisnya kalimah Allah ini jika ia datang serentak iaitu janji untuk dapatkan sesuatu dengan izin Allah beserta usaha kita,dan hasilnya kita dapat kejayan tersebut dengan mengucapkan SEGALA PUJI BAGI ALLAH atas nikmat dan kejayaan yang Kau berikan pada ku..barulah ucapan yang dilafazkan itu penuh dengan rasa syukur dan kepuasan bukan sekadar mengambil syarat..