Tag Archives: hai-o

Image

BIO VELOCITY: MESTI RAGU DENGAN FUNGSINYA TAPI CUBALAH SENDIRI… MEMANG BERBALOI.

Info detail berkenaan Bio Velocity Sleep Mate, klik link ini: https://mohamedazlan.wordpress.com/biovelocitysleepmatebvsm/

image

BV Sleep Mate

Anda boleh memulihkan keseimbangan dan
kesihatan anda secara mudah dengan kuasa
penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam
ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan
individu anda. BV Sleep Mate menolong
membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil
menguatkan gelombang positif yang
membentuk aura yang sihat dalam
organisma. Dengan mempengaruhi
pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan
badan dengan mencapai tahap kesihatan
yang sempurna, mengimbangkan dan
meningkatkan keseluruhan aktiviti badan
dan minda. Apabila anda bangun daripada
tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa
panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.

KEISTIMEWAAN

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan
mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

MANFAAT

Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot melegakan kesakitan gastrik, sakit belakang,menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

Posted by CDM Kamaliah 0195591424

Image

Khasiat Sangat Istimewa Sabun Garam Buluh

image

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk MENYIHATKAN, MELEMBAPKAN dan MEREMAJAKAN kulit. Ia diperkaya dengan ANTIOKSIDAN dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence MEMANJAKAN kulit anda sambil MENGHIDRATKAN dan MELEMBUTKANNYA. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

Posted by CDM Kamaliah 0195591424

PERNIAGAAN/BISNES ADALAH IBADAH: Watch “Aa Gym_Niaga Menjadi Ibadah” on YouTube

Image

Q&A PREMIUM BEAUTIFUL: PETUA BAGI BAKAL ISTERI

Q&A PREMIUM BEAUTIFUL: PETUA BAGI BAKAL ISTERI

Image

Q&A PREMIUM BEAUTIFUL: ‘STRETCH-MARKS’

Q&A PREMIUM BEAUTIFUL: 'STRETCH-MARKS'

Banyak ‘feed-back’ yang diterima masalah ‘stretch-marks’ dapat diatasi dengan pemakaian korset premium beautiful.

Stretch Marks/regangan kulit ketika mengandung

Ramai wanita mengandung mengalami stretch marks/regangan kulit ketika mengandung. Stretch marks dikenali sebagai striae gravidarum. Stretch marks muncul seperti jalur panjang pada kulit, berwarna sedikit ungu atau merah mengikut jenis kulit warna anda. Wanita dengan kulit yang lebih gelap akan mengalami stretch marks yang lebih cerah, sementara wanita berkulit lebih cerah akan mengalami warna kemerahan. Semasa mengandung, kebanyakan wanita mengalami di bagahgian perut. Ia juga biasa terjadi di bahagian lain seperti peha, pinggul, payudara dan ketiak. Kebanyakan wanita akan mengalaminya selepas mengandung.

Jangan garu di kawasan yang mungkin mengalami jalur ini. Menggaru akan menarik dan menegangkan bahagian luar dan pertengahan lapisan kulit dan menyebabkan lebih teruk masalah. Boleh buat urutan, ini juga bagus untuk mengelak menggaru. Ia memperbaiki peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan sel baru iaitu penting untuk mengelak kesan jalur ini.

Sedutan dari: http://mamadamia.com/blog/?cat=5

Image

Q&A: PREMIUM BEAUTIFUL – TESTIMONI MIGRAIN

Q&A: PREMIUM BEAUTIFUL - TESTIMONI MIGRAIN

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang?
Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?

Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi.

Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.

Sumber: http://www.hai-omarketing.com.my/products-beauty.asp?ssid=8

Image

LACTO-LITE: Kesihatan usus pengaruhi ketahanan badan

LACTO-LITE: Kesihatan usus pengaruhi ketahanan badan

myMetro: KESIHATAN USUS PENGARUHI KETAHANAN BADAN

USUS bukan sekadar tempat yang menjadi salur laluan makanan sebelum dikumuhkan kerana ia turut berperanan sebagai barisan pertahanan penting tubuh terhadap bakteria berbahaya.

Disebabkan itu, kesihatan usus akan mempengaruhi penyerapan zat daripada makanan dan ini memberi kesan kepada kesihatan tubuh yang turut mempengaruhi kekuatan sistem ketahanan badan.
Kehadiran bakteria probiotik dan prebiotik amat penting dalam membantu mengekal­kan keseimbangan kesihatan sistem penghadaman terutama bagi kanak-kanak memandangkan ia organ pertahanan badan terbesar bagi tubuh.

Probiotik berasal daripada perkataan Greek bermaksud ‘untuk kehidupan’ dan ia digunakan sebagai komponen semula jadi dalam makanan berteraskan kesihatan.

Ini menjelaskan probiotik adalah bakteria baik yang menjadi sebahagian daripada populasi mikro semula jadi di dalam perut.

Ia bertindak membantu mengekalkan kesihatan perut yang baik dan ia bukan saja membantu fungsi pencernaan, menggalakkan proses pembuangan sisa dengan lebih baik malah, meningkatkan penyerapan nutrien serta mengurangkan kehadiran organisma berbahaya.

Kebiasaannya, bakteria baik ini melekat pada dinding dan menghuni saluran gastrousus.

Ia berperanan membaiki masalah usus seperti kembung, cirit-birit dan sembelit disebabkan mikroflora usus yang tidak seimbang dengan mengeluarkan antiinfektif protein untuk melawan patogen (mikroorganisma berbahaya).

Contoh probiotik yang biasa ditemui adalah seperti bifidobakteria dan lactobacillus dan kewujudannya membantu mengekalkan populasi bakteria patogen berbahaya dalam jumlah sepatutnya.

Sementara itu, prebiotik pula diklasifikasikan sebagai bakteria jahat sebelum bertukar menjadi bakteria baik.

Ia adalah makanan yang diperlukan bakteria untuk membiak, namun walaupun dianggap sebagai makanan berfungsi ia tidak boleh dihadam.

Prebiotik berfungsi sebagai penggalak pertumbuhan di dalam usus kerana ia bersifat serat yang tidak boleh dihadam seperti oligosakarida, inulin, dan pirodekstrin yang terdapat dalam sesetengah makanan.

Apabila dimakan, serat terbabit akan disalurkan terus kepada usus dan dicerna oleh bakteria baik untuk pertumbuhannya. Oleh itu, prebiotik ini menggalakkan pertumbuhan dan meningkatkan aktiviti metabolisme bakteria baik.

Menurut Pakar Nutrisi, Fakulti Sains Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, pengambilan probiotik untuk kanak-kanak didapati memberi manfaat terutama kepada mereka yang tidak diberikan susu ibu serta mempunyai sistem imun badan yang lemah, kurang selera makan dan sering mendapat alahan selain berupaya mengurangkan risiko kejadian ekzema.

Katanya, probiotik yang biasa ditemui pada tubuh dan memberi manfaat serta selamat untuk kanak-kanak banyak mengandungi lactobacillus kerana pengambilannya mampu melindungi si kecil dan mengelak sakit daripada berulang di samping menguatkan imuniti badan.

“Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan anak mudah jatuh sakit dan lesu serta boleh mempengaruhi kemahiran sosial mereka.

“Keadaan ini bukan saja merisaukan ibu bapa malah mungkin turut menjejaskan tumbesaran dan prestasi kognitif mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran makanan sampingan Natural Prebiotic sempena Ekspo Makanan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, Dr Aminah berkata, susu antara sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat adalah komponen diet terpenting bagi kanak-kanak setiap hari dalam membantu memastikan pengambilan tenaga, protein, lemak, vitamin dan mineral mencukupi.

Namun, katanya, ada juga kanak-kanak yang tidak boleh meminum susu kerana ia mengandungi banyak laktos dan ibu bapa boleh menggantikannya dengan yogurt bagi memastikan keseimbangan sistem penghadaman mereka tidak terjejas.

Malah, gangguan keseimbangan di dalam sistem penghadaman itu akan menggalakkan peningkatan populasi bakteria jahat yang melemahkan sistem pertahanan badan dan boleh mengundang pelbagai penyakit.

“Jika berlaku ketidakseimbangan terbabit, ia boleh mendorong kepada beberapa masalah membabitkan usus dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kanak-kanak antaranya sukar menerima sesuatu makanan, angin berlebihan serta alahan makanan.

“Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mendapat diet pemakanan seimbang daripada pelbagai kelas makanan yang ditetapkan dalam piramid makanan bagi memastikan tumbesaran mental dan fizikal sejajar dengan usia,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengarah Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd, Ramli Sani.

Menurutnya, produk makanan sampingan yang dikeluarkan Natural Prebiotic adalah 100 peratus memiliki prebiotik semula jadi yang diperoleh melalui bahan utamanya iaitu gum arabic.

Ia terhasil daripada cecair yang dikeluarkan daripada pokok akasia yang menjadi keras apabila terkena cahaya matahari. Bahan ini banyak digunakan bagi menurunkan tahap kolesterol dalam badan serta dalam ilmu perubatan tradisional terutama di negara asalnya, Sudan.

Ramli berkata, ini satu cara rawatan alternatif bagi membantu mencegah masalah buah pinggang, diabetes, darah tinggi, gout serta masalah kulit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/03

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Kesihatanususpengaruhiketahananbadan/Article/

Image

MAHARANI: ATASI MASALAH SENGGUGUT

MAHARANI: ATASI MASALAH SENGGUGUT

Definisi dari Halaqah.net:

“Senggugut atau juga dikenali sebagai ‘premenstrual dysphoric disorder’ atay ‘dysmenorrhea’ merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.”

Image

GARAM BULUH: KEBERKESANAN

GARAM BULUH: KEBERKESANAN

“Kekejangan kaki ibu saya dapat diatasi, buang air besar lebih lawas…”

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garam Buluh?

Boleh, dengan saiz pengambilan yang kurang iaitu ¼ hingga ½ bungkus.

Bolehkah pesakit tekanan darah tinggi mengambil Hai-O Garam Buluh?

Boleh, kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.

Image

Beijing Te Zhi Bai Feng Wan/ Pil Maharani: TESTIMONI

Beijing Te Zhi Bai Feng Wan/ Pil Maharani: TESTIMONI

Produk Abang Sayang: Semalam terima panggilan dari kawan lama di Seri Manjung Perak.. mintak poskan ‘Maharani’… “Memang berkesan…” katanya. Amalkan.. Untuk servis terbaik kepada para suami… Dah terbukti.