Tag Archives: melancong

Image

SHANGHAI: SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH

SHANGHAI: SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434 HIJRAH

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).

GAMBAR: BANDARAYA SHANGHAI, CHINA.

Anda berpeluang melancong ke Shanghai secara percuma, semua ditanggung secara pakej. Ayuh! Rebut peluang ini & melancong bersama kami..

Dijangka hampir 1000 pakej yang disediakan. Untuk pengetahuan anda pakej ini bermula Januari 2013 dan berakhir hujung April 2013.. Rebut & daftar segera. (Rekod terakhir ialah ke Guangzhou seramai 850 orang yang layak)

Shanghai yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian, dan komunikasi yang terpenting di China.

Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia, dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Shanghai

JELAJAH DUNIA: Holland & Belgium

Holland adalah satu nama biasa yang digunakan bagi merujuk kepada bahagian barat negaraBelanda. Istilah Holland juga kerap digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan Belanda. Penggunaan ini adalah tidak rasmi dan kabur tetapi secara umumnya diterima. Bermula padakurun ke-10 sehingga kurun ke-16 Holland adalah sebuah kawasan politik yang disatukan, dan diperintah oleh Count dari Holland. Menjelang kurun ke-17, Holland muncul sebagai sebuah kuasa maritim dan ekonomi, menguasai wilayah-wilayah lain di Republik Belanda. Pada hari ini, bekas Kaunti Holland terdiri daripada dua wilayah Belanda iaitu Holland Utara dan Holland Selatan, yang mana bersama-sama mengandungi tiga buah bandar terbesar di Belanda: ibu negara Amsterdam,pusat pentadbiran, The Hague, dan Rotterdam, yang menjadi pelabuhan terbesar di Eropah.

Belgium atau nama tempatannya België (bahasa Belanda), Belgique (bahasa Perancis) dan Belgien (bahasa Jerman) ialah sebuah negara di Eropah Barat, yang bersempadan dengan Belanda, Jerman, Luxembourg, Perancis dan Laut Utara. Belgium merupakan titik persilangan budaya antara Eropah Germanik (penutur bahasa Belanda di utara, bangsa Flemming) dan Eropah Roman (penutur bahasa Perancis di selatan, bangsa Walloon).

Image

‘The Journey of Excellence’ dan warna biru sebagai tema perjalanan kali ini. Gambar di atas ditangkap di malam sebelum terbang ke Holland dan Belgium. Perasaan ketika itu tentulah begitu teruja, maklumlah ke eropah, penerbangan ambil masa hampir 13 jam.. pergh lamanya. Gambar keliling tu adalah gambaran awal tentang negara yang akan dilawati… cantiknya.

Image

Ketika di KLIA bersama sebahagian dari teman-teman yang akan berangkat ke Amsterdam Holland dan seterus ke Brussels Belgium. Lihat tu muka-muka ceria yang dah tak sabar-sabar nak terbang.

Image,Bergambar di Grand Place, Brussels Belgium. Tempat ini terkenal dengan bangunan lama dan bersejarah dan jalan batu bata.

Image

Bergambar di depan Manneken Pis, Brussels, Belgium, tempat ni menjadi tarikan pelancong yang datang ke sini. Patung budak lelaki kencing, menurut cerita lagenda tempat ini pernah terbakar berhari-hari lamanya dan akhirnya terpadam selepas budak itu kencing di situ… :-), patung itu didirikan bagi mengenang jasanya.

Image

Grand Place, Brussels Belgium: Tidak lepas peluang shopping dan bergambar.. agak sejuk sebab hujan dan angin kuat.

Image

The atomium in Brussels

Image

Gambar kumpulan di depan The atomium in Brussels

Image

From Wikipedia, the free encyclopedia

The Atomium is a monument in Brussels, originally built for Expo ’58, the 1958 Brussels World’s Fair. Designed by André Waterkeyn and Les Architectes Polak, it stands 102 metres (335 ft) tall. It has nine steel spheres connected so that the whole forms the shape of a unit cell of an iron crystal magnified 165 billion times.