Tag Archives: rugi

KEBAIKAN PREMIUM BEAUTIFUL

KEBAIKAN PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN
PREMIUM BEAUTIFUL

Kewanitaan adalah sesuatu yang sungguh indah,malangnya isu tentang hilangnya keanjalan kulit,menggeleber,payu dara yang semakin mengikut graviti,hilangnya bentuk badan yang menggiurkan suami kurang diambil berat oleh sesetengah wanita dengan alasan tiada masa,sekarang kami menawarkan satu produk yang boleh membantu semua di atas,ini lah dia PREMIUM BEAUTIFUL

  • Ia dapat membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik serta bentuk badan yang sihat dan seimbang.
  • Ia memberi kesan secara serta-merta di bahagian pinggang di mana ukuran badan anda akan berkurangan.
  • Ia dapat memperbaiki bentuk badan dengan membentuk payu dara yang mempesona, pinggang yang lebih ramping dan kontur pinggul yang lebih menarik.
  • Anda akan merasa kenyang walaupun hanya makan sedikit kerana pemakaian Premium Beautiful mengurangkan selera.
  • Pemakaian Premium Beautiful akan cepat mengurangkan berat badan melalui proses pemampatan dan perpeluhan.
  • Kuasa lateks merangsang urutan secara mikro ketika anda bergerak, dengan itu dapat membantu menurunkan ukuran badan anda.
  • Ia menggalakkan pemulihan bentuk badan selepas bersalin kerana ia meningkatkan keanjalan badan.
  • Ia berupaya memperbetulkan postur dan memperbaiki kadar metabolisme.
  • Ia mengurangkan kesakitan bahagian pinggang dengan pembetulan kedudukan tulang belakang.
  • Kombinasi kebaikan tersebut memberi kesan yang luar biasa serta meningkatkan personaliti dan keyakinan diri.

Jelajah Dunia: SWITZERLAND

BUMI SWITZERLAND YANG INDAH


Oktober 2010 lalu merupakan saat-saat manis bagi 322 pengedar Hai-O Marketing yang berjaya mendapat insentif Seminar Seberang Laut ke Switzerland. Negara yang terkenal dengan gunung yang indah dan persekitaran semulajadi yang cantik itu juga merupakan syurga membeli-belah. Yang paling terkenal pasti coklat, jam serta pelbagai barangan Swiss yang lain.

Beraya ke?….. Jelesnya.

Sesungguhnya lawatan kali ini amatlah hebat sekali kerana ia adalah lokasi paling jauh pernah ditawarkan Hai-O Marketing sebagai insentif kepada pengedarnya. Tahniah kepada semua pengedar yang telah ke sana dan pastinya lokasi seterusnya lebih jauh dan lebih hebat. Apa-apa pun, pengalaman di Switzerland semanis coklatnya!mengagumkan. Melihat bagaimana jam dihasilkan di Cuckoo Clock Workshop. Berehat sebentar di Berne.Bergambar di Cuckoo Clock Workshop di Titisee.

Jelajah Dunia: BANDUNG & JAKARTA

SEMINAR SEBERANG LAUT JAKARTA – BANDUNG

Januari 2011 lalu, seramai 100 orang pengedar Hai-O Marketing telah mengikuti rombongan Seminar Seberang Laut ke Jakarta dan Bandung. Selain mengikuti seminar khas, rombongan ini turut bercuti sambil melawat tempat-tempat menarik di sana. Sudah tentunya aktiviti membeli-belah yang paling menarik kerana Bandung dan Jakarta memang terkenal dengan pelbagai produk istimewa unik Indonesia.

Antara tempat menarik yang dilawati ialah kawah Tangkuban Perahu, Kolam Air Panas Ciater dan pelbagai lagi. Rombongan empat hari tiga malam ini bermula di Bandung dan berakhir di Jakarta. Rombongan tiga bas ini turut melawati pejabat PT. Hai-O Indonesia di Mangga Dua, Jakarta. Tahniah kepada semua pengedar yang telah ke sana dan semoga ia akan terus mengikat kesatuan semua serta meningkatkan motivasi!

 

 

PERBEZAAN ANTARA ORANG YANG BERJAYA DAN ORANG BIASA

Orang yang biasa
  • Salahkan orang lain
  • Mengulangi kesilapan
  • Menjangka tidak akan gagal lagi
  • Menjangka akan sentiasa gagal
  • Menerima tradisi membuta-tuli
  • Dikongkong kesilapan lalu
  • Berfikiran “Aku Orang Yang Gagal”
  • Berhenti

Orang yang berjaya
  • Mengambil tanggungjawab
  • Belajar dari kesilapan
  • Faham kegagalan adalah proses kemajuan
  • Sentiasa bersikap positif
  • Fokus pada kelebihan diri,bukan kelemahan
  • Mempertikai tradisi yang lapuk
  • Mengambil risiko baru
  • Tahu ada perkara yang tidak berkesan
  • Istiqamah

DOA MURAH REZEKI (DOA SOLAT DUHA)

SEMUA REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH SWT

Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT

SOALAN

ADA sebuah restoran di taman perumahan kami, amat maju dikunjungi ramai pelanggan, beroperasi bertahun-tahun, tiba-tiba ada restoran baru dibuka yang mengakibatkan restoran tadi kehilangan hampir semua pelanggan, akhirnya ditutup. Orang mengatakan restoran yang maju tiba-tiba gulung tikar berpunca daripada perbuatan orang menutup rezeki dengan menggunakan perbuatan sihir sehingga bankrap, betul kah begitu?

ABDUL HALIM MOHAMMAD

Meru, Selangor

JAWAPAN

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)

Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh  atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT

Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.

Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.

Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.

Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.

Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.

Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.

Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

SUMBER: http://www.darussyifa.org/index.php

SKIM PIRAMID… Awas !

Peningkatan berganda geometri yang tidak dapat diteruskan dalam skim piramid klasik.

 

Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk Malaysia,  Amerika Syarikat, Great Britain, Australia dan New Zealand.  Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Skim_piramid

GARLIC

Hai-O Garlic

Rempah yang Biasa & Makanan Kesihatan

Bawang putih, sejenis rempah yang lazim dimasukkan ke dalam makanan untuk memberi rasa, sesungguhnya adalah herba yang istimewa. Bawang putih adalah makanan kesihatan yang amat dihargai sejak zaman purba sehingga zaman sekarang.

Hai-O Garlic adalah pati daripada kandungan aktif bawang putih dikeluarkan melalui satu proses teknologi di mana nilai pemakanan dipertingkatkan serta rasa pedas dan bau semulajadi dibuangkan. Setiap butir bawang putih mengandungi 100% serbuk bawang putih. Hai-O Garlic tidak mendatangkan kepedihan kepada mukosa gastrik serta mudah diserap oleh usus kecil.

Hai-O Garlic adalah sesuai untuk golongan semua usia sama ada perempuan atau lelaki.

Cara pengambilan: 2 butir, 2 kali setiap hari.

klik di sini untuk Sijil Halal

EURY JACK

Eury Jack

Meningkatkan Tenaga . Mengurangkan Keletihan

Gabungan pati antara Radix Eurycoma Longifolia Jack dan Herba Cistanches. Ia tidak mengandungi bahan awet, perasa tiruan, warna, bahan kimia atau bahan tambahan lain.

Secara tradisional produk ini telah digunakan untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan untuk lelaki.

Cara pengambilan: 1-3 kapsul sekali, 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.

klik di sini untuk Sijil Halal