GARAM

BAHAYA:

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Garam

BERGUNA:

Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Garam

DULU-DULU… BARANG MEWAH:

Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama ‘gaji’ dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu ‘salary’ yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘garam’.

Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Garam

GARAM BERLEBIHAN BAWA PENYAKIT:

“…..menurut Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che’ Lah, natrium sebenarnya perlu untuk melancarkan proses bendalir dalam badan. Namun kandungan natrium perlu ada hadnya kerana jika berlebihan, ada yang tidak boleh dibuang. Ia sekali gus memberi kesan kepada kesihatan.

“Pengambilan garam yang normal adalah 2400 miligram sodium atau satu sudu teh garam. Menurut kajian di Amerika, pengambilan garam melebihi 3,000 miligram akan meningkat cara pengambilan makanan segera.

Sebaliknya, dalam makanan yang diproses terdapat 75 peratus garam yang tersembunyi,” katanya.

Tambah Nor Lizawati, jika pengambilan garam diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung, osteoporosis, kanser perut, gastrik dan buah pinggang.”

Sumber: Utusan Malaysia Online – Kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s